Proton kini menawarkan kempen Fresh Wheels For Next Gen 2026 khas untuk pelajar dan graduan baharu yang ingin memiliki kereta pertama. Sepanjang kempen ini, pelanggan yang layak berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM9,000 serta 1 Tahun Servis Percuma untuk model Proton terpilih.
Dikemaskini pada 4 Jun 2026 — Maklumat Skim Graduan Proton dan kempen Fresh Wheels For Next Gen ini telah dikemas kini berdasarkan promosi rasmi Proton terkini yang sah sehingga 30 Jun 2026.

Fresh Wheels For Next Gen 2026
Mulakan langkah ke alam pekerjaan dengan sebuah Proton yang dibina untuk masa depan anda. Sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja, kegunaan harian atau mobiliti yang lebih selesa selepas tamat pengajian, Proton menawarkan pelbagai pilihan model yang sesuai dengan keperluan dan bajet graduan masa kini.
Kempen Fresh Wheels For Next Gen direka khusus untuk membantu pelajar dan graduan memiliki kereta pertama dengan lebih nilai melalui tawaran penjimatan eksklusif dan kos pemilikan yang lebih rendah.
Apa Itu Skim Graduan Proton
Skim Graduan Proton ialah inisiatif oleh Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB) – anak syarikat Kumpulan PROTON yang menawarkan kemudahan pinjaman fleksibel untuk graduan baru bekerja.
Objektifnya adalah membantu graduan memiliki kereta pertama dengan lebih mudah tanpa keperluan penjamin atau slip gaji tiga bulan.
Program ini juga menawarkan kadar faedah rendah dan proses kelulusan cepat melalui rakan bank terpilih.
Kelebihan Kempen Fresh Wheels For Next Gen
- Penjimatan sehingga RM9,000 untuk model Proton terpilih
- 1 Tahun Servis Percuma
- Pilihan model sedan, hatchback dan SUV yang sesuai untuk graduan
- Membantu mengurangkan kos pemilikan tahun pertama
- Tawaran eksklusif untuk pelajar dan graduan yang layak
- Pembiayaan tertakluk kepada kelulusan institusi kewangan
Dengan gabungan penjimatan sehingga RM9,000 dan servis percuma selama setahun, graduan baharu boleh memulakan perjalanan kerjaya mereka dengan lebih yakin dan selesa.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18–30 tahun
- Pelajar dan Graduan dari institusi pengajian tinggi
- Mempunyai lesen memandu sah (kelas D)
- Telah menerima tawaran kerja atau sedang bekerja
- Gaji asas minimum RM1,800 (KL/Selangor) atau RM1,500 (negeri lain)
- Pinjaman hanya untuk kereta Proton baharu
- Gaji asas dan elaun tetap sahaja diambil kira
Kenapa Pilih Proton Sebagai Kereta Pertama?
Memiliki kereta pertama merupakan langkah penting selepas tamat pengajian. Dengan rangkaian model Proton yang menawarkan ciri keselamatan moden, teknologi terkini dan kos pemilikan yang berpatutan, graduan boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan praktikal untuk kegunaan harian.
Fresh Wheels For Next Gen membantu menjadikan impian memiliki kereta pertama lebih mudah dicapai melalui penjimatan yang lebih tinggi dan nilai tambah yang lebih baik.
Bank Yang Menawarkan Pembiayaan Skim Graduan Proton
Skim ini disokong oleh beberapa bank rasmi rakan Proton:
| Bank | Nama Skim Pembiayaan |
|---|---|
| Proton Commerce | Proton Graduate Scheme |
| Hong Leong Bank | Fresh Graduate Auto Plan |
| Public Bank | Graduate Auto Financing |
| AmBank | Young Executive Car Loan |
| Bank Islam | GradHitz-i |
| Maybank | My First Car Plan |
| Bank Rakyat | An-Naqlu 2 Graduate Scheme |
| CIMB | First Car Financing |
Model Proton Layak di Bawah Skim Graduan Proton 2026
Proton Saga 2026

Varian & Harga (OTR Semenanjung Malaysia)
| Varian | Harga (RM) | Ansuran 7 Tahun | Ansuran 9 Tahun |
|---|---|---|---|
| 1.3 Standard | 40,147.51 | 520 | 425 |
| 1.3 Premium | 43,230.19 | 560 | 458 |
| 1.3 Premium S | 46,312.87 | 600 | 490 |
Proton S70 2026

Varian & Harga (OTR Semenanjung Malaysia)
| Varian | Harga OTR (RM) | Ansuran 7 Tahun (RM) | Ansuran 9 Tahun (RM) |
|---|---|---|---|
| 1.5T Executive | 76,189.78 | 988 | 806 |
| 1.5T Premium | 82,358.26 | 1068 | 872 |
| 1.5T Flagship | 92,639.06 | 1201 | 980 |
| 1.5T Flagship X | 97,779.46 | 1268 | 1035 |
Proton X50 2026

Varian & Harga (OTR Semenanjung Malaysia)
| Varian | Harga (RM) | Ansuran 7 Tahun | Ansuran 9 Tahun |
|---|---|---|---|
| 1.5TD Executive | 95,883.40 | 1,193 | 964 |
| 1.5TD Premium | 104,603.89 | 1,301 | 1,052 |
| 1.5TD Flagship | 116,407.05 | 1,448 | 1,171 |
Dokumen Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan (IC)
- Salinan Lesen Memandu
- Surat Tawaran Kerja (Offer Letter)
- Skrol atau Transkrip Akademik
- Slip gaji & penyata bank (jika telah bekerja > 3 bulan)
Hantar dokumen lengkap ke [email protected] atau isi Borang Tempahan Proton.
Cara Memohon Skim Graduan Proton
- Semak kelayakan anda berdasarkan syarat di atas
- Kumpulkan dokumen yang diperlukan
- Hubungi En. Nazrin (Sales Advisor Proton) untuk proses semakan dan tempahan
- Tunggu kelulusan daripada pihak bank
- Tandatangan perjanjian dan ambil kereta baharu anda
Hubungi Wakil Jualan Sah Proton
En. Nazrin Azfar (Proton Sales Advisor)
Telefon: 013-4800 878
WhatsApp: Klik di sini untuk berhubung
Soalan Lazim (FAQ)
-
Adakah Skim Graduan Proton perlukan penjamin?
Tidak. Kebanyakan bank tidak memerlukan penjamin untuk skim ini.
-
Saya belum mula kerja tapi ada offer letter, boleh mohon?
Boleh, permohonan akan diproses selepas hari pertama bekerja.
-
Saya masih belajar, boleh mohon?
Boleh dengan penjamin seperti ibu bapa atau adik-beradik bekerja.
-
Apakah tawaran terkini di bawah Fresh Wheels For Next Gen?
Pelajar dan graduan yang layak boleh menikmati penjimatan sehingga RM9,000 serta 1 Tahun Servis Percuma untuk model Proton terpilih. Tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat kempen semasa.
-
Model apa paling popular untuk pelajar dan graduan?
Proton Saga, Persona, Iriz, S70 dan X50 antara model paling diminati kerana bayaran bulanan yang rendah.
Kesimpulan
Skim Graduan Proton 2026 adalah peluang terbaik untuk graduan baru memiliki kereta pertama dengan mudah dan penjimatan tinggi.
Dengan sokongan bank rasmi, kadar faedah rendah dan pelbagai model pilihan, anda boleh mula memandu kereta Proton baharu tanpa tekanan kewangan.
Layari halaman rasmi untuk semak kelayakan dan tawaran lengkap:
Proton Graduate Scheme (Official Page)
Model Proton Yang Layak
Lihat Harga Model Layak
- Harga Proton Saga 2026
- Harga Proton Iriz 2026
- Harga Proton Persona 2026
- Harga Proton S70 2026
- Harga Proton X50 2026
Rujukan Pembelian Proton
- Kalkulator Ansuran Proton
- Maklumat Rasmi Skim Graduan Proton
- Senarai Harga Proton 2026
- Artikel Harga Proton
Kalkulator Ansuran Proton
Kira ansuran bulanan untuk semua model Proton secara tepat.

